Keperluan perkakasan Windows 8

Setakat Windows 8 Previu Pelancaran, keperluan sistem minima adalah sama seperti Windows 7 (kecuali CPU); keperluan sistem ini mungkin berubah semasa pelancaran akhir.[56]

Perkakasan keperluan minimum untuk Windows 8
Seni binaIA-32 (32-bit)x64 (64-bit)
Pemproses1 GHz (dengan sokongan PAE, NX dan SSE2)[57]
Ingatan (RAM)1 GB2 GB
Kad grafikPeranti grafik DirectX 9 dengan WDDM 1.0 atau lebih tinggi
Storan16 GB20 GB

Untuk menjalankan aplikasi gaya Metro, resolusi paparan 1024x768 atau lebih tinggi diperlukan untuk menjalan satu aplikasi pada satu-satu masa, dan resolusi 1366x768 diperlukan bagi menjalankan dua aplikasi bersebelahan.[58]

Pelantar pemayaan yang disokong secara rasmi untuk Windows 8 Previu Pengguna termasuklah Hyper-V dalam Windows 8 Previu Pembangun, Hyper-V dalam Windows Server 2008 R2, VMware Workstation 8.0.2 untuk Windows, VirtualBox 4.1.8 untuk Windows, Parallels Workstation 6 untuk Windows, Parallels Desktop 4 untuk Windows, dan XenDesktop 5.5.[59]

Untuk memperoleh pensijilan logo, Microsoft memerlukan sistem untuk meneruskan daripada keadaan sedia dalam masa kurang 2 saat bagi sistem x86.[60]

Komputer tablet/boleh tukar

Microsoft melancarkan keperluan perkakasan minimum bagi komputer tablet atau boleh tukar baharu yang direka untuk Windows 8, serta mendefinisikan faktor bentuk boleh tukar sebagai peranti mandiri yang menggabungkan PC, paparan serta sumber kuasa boleh cas semula dengan papan kekunci dan peranti penunjuk yang disambung secara mekanikal dalam satu casis. Sebuah komputer boleh tukar boleh ditukarkan kepada sebuah tablet di mana peranti masukan yang disambungkan disembunyikan atau ditanggalkan dengan hanya meninggalkan paparan sebagai satu-satunya mekanisme masukan.[61][62]

Keperluan pensijilan perkakasan untuk tablet Windows[63]
Kad grafikPeranti grafik DirectX 10 dengan pemacu WDDM 1.2 atau lebih tinggi
Storan10GB ruang bebas, selepas pengalaman luar kotak selesai
Butang piawai'Kuasa', 'Kekunci putaran', 'Kekunci Windows', 'Kawalan suara-naik', 'Kawalan suara-turun'
SkrinSkrin sesentuh yang menyokong minima pendigit 5 titik serta resolusi sekurang-kurangnya 1366x768. Dimensi fizikal panel paparan mestilah berpadanan dengan nisbah bidang bagi resolusi asli. Resolusi asli panel boleh lebih besar daripada 1366 (melintang) dan 768 (mengufuk). Kedalaman warna asli minima ialah 32 bit.
KameraMinima 720p
Pengesan cahaya sekitarKeupayaan 1–30k lux dengan banjaran dinamik 5–60K
Meter pemecut3 paksi dengan kadar data pada atau melebihi 50 Hz
USB 2.0Sekurang-kurangnya satu port pengawal dan terdedah.
SambunganWi-Fi dan Bluetooth 4.0 + LE (tenaga rendah)
Lain-lainPembesar suara, mikrofon, magnetometer dan giroskop.

Jika peranti jalur lebar mudah alih disepadukan di dalam tablet atau sistem boleh tukar, radio GPS terbantu diperlukan.Peranti yang menyokong komunikasi menghampiri medan perlu mempunyai tanda visual untuk membantu pengguna mencari serta menggunakan teknologi tersebut.Kombinasi butang baharu bagi Ctrl + Alt + Del ialah Kekunci Windows + Kuasa.

Rujukan

WikiPedia: Windows 8 http://www.anandtech.com/show/4665/native-usb-30-s... http://arstechnica.com/microsoft/news/2011/09/maki... http://www.buildwindows.com/ http://articles.businessinsider.com/2012-02-09/tec... http://news.cnet.com/8301-10805_3-20110049-75/wind... http://news.cnet.com/8301-10805_3-57419612-75/wind... http://news.cnet.com/8301-10805_3-57485894-75/wind... http://news.cnet.com/8301-13924_3-57360734-64/micr... http://www.engadget.com/2011/06/01/live-from-micro... http://www.engadget.com/2011/09/14/steve-ballmer-t...